Organized by 
DEPARTMENT OF NUCLEAR MEDICINE, RADIOTHERAPY AND ONCOLOGY
Anjuran Bersama :
 
Unit Perubatan Integratif
Perkembangan Kesihatan Wanita
Strategic Business Unit (S.B.U)
 
Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi
 
Puan Norzilawati Abdullah
No. Tel : 09-7676885/6887
 
Puan Mazni : +6 013-9206920 (Whatsapp/Call) 
Puan Nur Izzati : +6 013-9128666 (Whatsapp) 
 
Tajaan Bersama :
 
al khatiri
 
Untuk Penginapan sila hubungi
Puan Aminah Munirah (Mimi)
Penolong Pengurus
No. Tel : 018-9033446
 
siti amrah2
 
Nama           
Dr. Siti Amrah Sulaiman
 
Pekerjaan/Jawatan
Profesor Kehormat
 
Syarikat/Organisasi
Universiti Sains Malaysia
 
Alamat         
Unit Perubatan Integratif, PPSP, USM
 
Emel             
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Pendidikan
Degree (Universiti): MD (UKM)
Masters (Universiti): MMedSci [Pharmacology] (UKM)
PhD (Universiti): USM
 
Lain-Lain Pengiktirafan
Sijil Akupuntur (Universiti Sains Malaysia)
Sijil Lanjutan Akupuntur (Kolej Universiti Xiamen, China)
Sijil Bekam Persatuan Hijamah Islam Malaysia (PERHIJAM)
Certificate of Competent, British Cupping Society
 
Pengalaman Kerja
Doktor Siswazah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban 
Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia
Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM
Profesor Kehormat, Unit Perubatan Integratif, PPSP, USM
Panel Pakar, Bidang Perubatan Melayu, Kolej Space, Universiti Teknologi Malaysia
 
Kepakaran 
Farmakologi, Toksikologi Reproduktif
Penyelidikan Bahan Asli (Madu dan Herba)
Perubatan Tradisional (Akupuntur, Bekam, Apiterapi)
 
Penerbitan
Telah menerbitkan lebih 150 makalah dalam Jurnal Antarabangsa dan Tempatan
 
Lain-lain      
Tokoh Wanita Negeri Kelantan Tahun 2015 (Pendidikan)
Pengasas dan Pengerusi Persatuan Apiterapi Malaysia
Ahli Persatuan Akubekam Malaysia
Ahli Persatuan Hijamah Islam Malaysia (PERHIJAM)
Ahli Bersekutu Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Panel Pakar Akademi Perubatan Melayu Malaysia
 
Abstrak

MAKANAN SIHAT UNTUK MERAWAT PENYAKIT

Manusia adalah sebaik-baik kejadian hasil gabungan roh dan jasad yang masing-masing memerlukan makanan atau santapan rohani dan jasmani untuk hidup sihat, seimbang dan sejahtera. Makanan rohani memacu kepada pemusatan tumpuan terhadap Yang Maha Pencipta. Hubungan intim antara makhluk dengan Sang Pencipta melahirkan jiwa yang tenang dan akal yang waras. Jasad merupakan gabungan berbagai unsur api (haba), angin (udara), tanah, air dan logam (bahan galian) yang diciptakan dengan begitu indah dan penuh keajaiban selepas bergabungnya benih (DNA) ibu dan ayah.  Jasad yang sihat dan sempurna pembentukannya berada dalam keadaan keseimbangan (panas, sejuk, basah dan kering) lalu ditiupkan roh sebelum dilahirkan ke dunia. Semasa hidup di alam dunia, manusia akan terus membesar menjadi remaja, dewasa dan akhirnya menua sebelum roh dipisahkan semula daripada jasad. Perpisahan antara roh dengan jasad juga berlaku secara berkala ketika kita tidur bagi memberi ruang dan peluang kepada jasad berehat dan menjalani proses tumbesaran dan pemulihan. Kesihatan jasmani dipengaruhi oleh berbagai faktur seumpama pemakanan, perkumuhan, rehat, pergerakan, persekitaran, pemikiran dan emosi. Paska modenisasi menyaksikan pengambilan jumlah dan jenis pemakanan yang tidak seimbang, berlebihan dalam pengambilan makronutrian tertentu seperti karbohidrat dan protein haiwan dan kurang serat dan mikronutrian yang mengundang kepada hilangnya keseimbangan lalu melahirkan berbagai penyakit. Pinggan sihat Malaysia, suku-suku separuh anjuran Kementerian Kesihatah Malaysia adalah suatu amalan pemakanan yang sihat. Namun bagi mereka yang mengalami berbagai penyakit perlu kepada pendekatan yang lebih serius umpama berpuasa dan memilih dengan teliti jenis pemakanan yang diambil. Kaedah dan amalan pemakanan yang disyor untuk menyembuh penyakit akan dibincangkan.