• Program Elektif
  • Klinikal
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PROGRAM ELEKTIF KLINIKAL PPSP

PROGRAM ELEKTIF KLINIKAL PPSP
  1. Ia diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 4 yang berkelayakan
  2. Pelajar yang GAGAL penilaian akhir blok dikecualikan
  3. Pelajar PERLU memilih penempatan selain daripada HUSM
  4. Ia berorientasikan klinikal
  5. Parapelajar diminta untuk memohon penempatan elektif klinikal mengikut pilihan sendiri setelah mereka memasuki sidang akademik Tahun 4
  6. Seorang pelajar HANYA dibenarkan untuk mencadangkan SATU posting sahaja dalam tempoh 4 minggu penempatan di hospital pilihan
  7. Keputusan akhir penetuan posting tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan hospital yang dipilih
  8. Pelajar boleh mengisi borang penempatan yang boleh diperolehi di Pejabat Akademik PPSP
  9. Permohonan penempatan boleh dilakukan di beberapa tempat di dalam Malaysia:
    • Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (yang mempunyai pakar sahaja)
    • Hospital Angkatan Tentera
    • Hospital Universiti (Universiti Malaya dan UKM)
    • Hospital Luar Negara
  10. Permohonan untuk menjalani penempatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia WAJIB mengisi Borang Permohonan Menjalani Posting Elektif di Fasiliti KKM (Borang boleh diperolehi di Pejabat Akademik PPSP)
  11. Permohonan penempatan ke Hospital Universiti, perlu mendapatkan borang permohonan dengan melawat laman web universiti terbabit
  12. Sebarang kos yang dikenakan ke atas semua bentuk permohonan adalah dibawah tanggungjawab pelajar sendiri
  13. Pelajar adalah bertanggungjawab ke atas semua kemudahan yang diperlukan seperti penginapan mahupun kemudahan kenderaan
  14. PPSP akan mengeluarkan insuran kelompok kepada setiap pelajar yang mejalani tempoh penempatan bermula dari tarikh elektif dilakukan dan tamat 4 minggu kemudian atau mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan
  15. Pihak PPSP ada menyediakan tempat penempatan elektif klinikal di luar negara, ia hanya terbuka kepada pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan (Rujuk Lampiran 1)
  16. Permohonan ke Luar Negara HANYA akan diluluskan apabila pelajar mendapat kelulusan daripada universiti yang dipohon.
  17. Permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan boleh dilakukan dengan mengisi borang seperti di Lampiran 2
  18. Parapelajar yang memohon untuk menjalani penempatan di Luar Negara, perlu mengisi permohonan dalam Negara bagi mengelak ketiadaan tempat jika permohonan ke luar Negara di tolak
  19. Objektif pembelajaran adalah untuk memastikan setiap pelajar diakhir program ini dapat:
  • Menghubungkait tanda-tanda klinikal dan diagnosis penyakit serta perawatannya 
  • Mengambil bahagian dalam perbincangan dan memberi pendapat untuk penyelesaian alternatif
  • Menyertai pasukan perawatan dan berkebolehan untuk menghormati sikap dan kelakuan ahli kumpulan
  • Melaksanakan nilai-nilai etika dalam perawatan pesakit 
 
20. Di akhir penempatan, pelajar HANYA di nilai berdasarkan Penilian Penyelia Lapangan yang dilantik oleh pihka pengurusan hospital berkaitan. Pelajar perlu menyerahkan Surat dan Borang Penilian (Rujuk Lampiran 3) kepada Penyelia Lapangan dan kembalikan borang tersebut ke Pejabat Akademik untuk tindakan selanjutnya
 
21. Pelajar yang gagal menyerahkan kembali Borang Penilian dianggap GAGAL dalam Program Elektif Klinikal dan WAJIB mengulanginya sebelum pengijazahan bermula.
 
Jika seseorang pelajar mendapati beliau tidak berkeupayaan untuk mengikuti Program Elektif atas sebab-sebab kesihatan, pelajar perlulah mengisi borang yang disediakan di Lampiran 4 dan maklumkan kepada Urusetia Elektif. SuratPengesahan Pakar USM diperlukan. Segala keputusan akhir adalah tertakluk kepada budi bicara Ahli Jawatankuasa Elektif dan Dekan PPSP

We have 1106 guests and no members online