• Pengenalan
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PENGENALAN PROGRAM ELEKTIF PPSP

Program Elektif merupakan satu program yang unik di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM Kampus Kesihatan. Ia mula diperkenalkan seawal PPSP ditubuhkan. Sejajar dengan falsafah PPSP, ingin melahirkan graduan yang bermutu, berpengetahuan, professional dan berdaya saing diperingkat global, program elektif telah menyediakan satu platform kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pilihan yang berbentuk kajian saintifik dan klinikal.
 
USM telah dianugerakan mandat sebagai universiti pertama Negara yang berstatus APEX dan merupakan salah satu dari empat universiti yang berstatus Universiti Penyelidikan (RU). Bagi merealisasikan matlamat ini, PPSP melalui program elektif akan memastikan setiap graduannya mampu memahami konsep penyelidikan saintifik dan menterjemahkan hasil ilmiah tersebut untuk dikongsi bersama. Selain itu, program elektif juga akan memberi peluang kepada para pelajar untuk menajamkan kemahiran mereka dalam bidang klinikal.
 
Program elektif merupakan satu cabang pembelajaran yang diperkenalkan oleh hampir semua universiti yang menawarkan Kursus Perubatan di dunia kini. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu perubatan di luar dari skop kurikulum sedia ada. Pelajar bebas memilih tajuk dan tempat elektif yang ingin dilakukan, namun hasil dari pembelajaran tersebut diharapkan dapat membantu para pelajar dalam meningkatkan mutu kemahiran sebagai seorang pengamal perubatan di masa hadapan.
 
Program elektif merupakan salah satu program yang dirancang dan masa yang diperuntukan perlulah digunakan sebaik mungkin. Ia bukan waktu untuk beriadah. Guna kesempatan yang diberikan untuk membantu memperkasa diri sebagai pelajar perubatan yang berilmu tinggi.

We have 913 guests and no members online