Cara cepat untuk menjadi Pakar Neurologi dan dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia (USM)

Cara cepat untuk menjadi Pakar Neurologi dan dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia (USM)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan,Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa individu yang berkelayakan, proaktif dan komited untuk memohon jawatan pensyarah di Jabatan Neurosains dan seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Neurologi. Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :

1.    Warganegara Malaysia.

2.    Mempunyai Master dalam bidang Perubatan [MMed (Internal Medicine)] atau kelayakan yang setaraf dengannya seperti MRCP.

 

-       Pihak USM akan menghantar calon yang berjaya untuk menjalani latihan seterusnya dalam bidang Neurologi selama tiga tahun yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak USM.

-       Calon yang berjaya akan dihantar untuk menjalani latihan di universiti/ hospital tempatan terlebih dahulu seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia selama 2- 2½ tahun dalam bidang Neurologi.

-       Seterusnya calon juga akan dihantar untuk menjalani latihan dalam bidang Neurologi di luar negara selama 6 bulan hingga setahun.

 

Permohonan lengkap bolehlah dihantar kepada :

Prof. Zamzuri Idris

Ketua

Jabatan Neurosains

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Universiti Sains Malaysia

Kampus Kesihatan

16150 Kubang Kerian

Kelantan

Tel       : 09-7676300

E-mail  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

*Untuk mendaftar sebagai NSR dalam bidang Neurologi hanya perlu lulus dalam VIVA NSR.

Contact Us

Department of Neurosciences
School of Medical Sciences
Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
Malaysia
 
Phone:
+609-7676300
Faxs :
+609-7673833     
Email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

764460
Today
This Month
692
12216