Vacation Research Programme 2015

PROGRAM PERCUTIAN PENYELIDIKAN 2015

(VACATION RESEARCH PROGRAMME 2015)

Pengenalan

Program Percutian Penyelidikan merupakan program baru yang disediakan kepada pelajar lepasan SPM/STPM yang berminat untuk melopori kerjaya sebagai saintis. Pelajar-pelajar akan diberi peluang selama 6-8 minggu dan ditempatkan di Makmal Penyelidikan di Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Penglibatan dan pendedahan akan diberikan dalam mengendalikan projek penyelidikan. Pelajar-pelajar akan diselia dan diberi tunjuk ajar oleh saintis dengan bantuan kakitangan di jabatan dan juga pelajar sarjana.

Objektif

1.    Untuk menggalakkan lebih ramai pelajar-pelajar pra-universiti memilih kerjaya dalam bidang penyelidikan sains neuro.

2.    Untuk menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar pra-universiti mempelajari teknik-teknik makmal yang berguna dan juga memperolehi kemahiran dalam mengendalikan penyelidikan.

3.    Untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar pra-universiti lebih memahami kehidupan sebenar mereka yang bergelar penyelidik sains neuro.

November 2014                   - Permohonan dibuka

10 Januari 2015                   - Permohonan ditutup

15 Januari 2015                   - Pemberitahuan status permohonan

Januari 2015                        - Program bermula

* Pihak kami HANYA menanggung yuran semasa program tersebut. Penginapan, pengangkutan serta makanan adalah di bawah tangunggan pelajar sendiri.

1.    Borang permohonan

Dokumen PDF yang tidak melebihi 3 muka surat penuh (dinamakan NAMAPENUH.pdf), yang mengandungi maklumat yang berkaitan :

i.              Latar jaya diri yang mengandungi

-         Nama

-         No telefon dan alamat email

-         Sekolah; Senaraikan semua sekolah yang pernah dihadiri/sekolah sekarang/PusatMatrikulasi/KolejPra-Universiti yang dihadiri dan tahun yang dihadiri.

-         Pencapaian Akademik; Senaraikan keputusan subjek Matematik/Sains yang diambil semasa SPM/STPM dan tahun menduduki peperiksaan tersebut (Jikalau menduduki SPM/STPM pada tahun 2013, sila kepilkan keputusan Ujian Percubaan).

-         Award/Pencapaian; Senaraikan 10 award yang berkaitan yang diterima di Sekolah Menengah contohnya National Chemistry Quiz/ Olympaid Matematik dsb.

-         Aktiviti-aktiviti ekstra-kurikulum; Senaraikan 10 penglibatan di peringkat sekolah, komuniti, sukarelawan dan peranan kepimpinan. Contohnya Presiden Kelab Sains dsb.

-         RujukanAkademik;Namakan seorang rujukan akademik (contohnya Cikgu Matematik/Sains) dan sertakan alamat serta no. telefon dan juga alamat email beliau.

-         PERHATIAN:Mereka bukanlah tergolong daripada ahli keluarga anda.

ii.            Essei pendek dengan 500 patah perkataan yang bertajuk

Megapa saya ingin menyertai Program Percutian Penyelidikan dan bagaimana ianya memberikan satu pengalaman yang unik kepada saya”.

2.    TranskripAkademik

-         Sekiranya anda pelajar Tingkatan 5, sila email salinan transkrip akademik terkini (dinamakan FULLNAME_transkrip.pdf).

Sekiranya anda pelajar Tingkatan 6, Matrikulasi/ KolejPra-Universiti, sila email salinan keputusan rasmi Sijil SPM (dinamakan FULLNAME_SPM.pdf).

Dokumen  di atas bolehlah diemailkan kepada :

Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

Pengarah

Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains (P3NEURO)

Universiti Sains Malaysia

16150 Kubang Kerian

Kelantan

E-mail :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah menghubungi Mazira Mohamad Ghazali di talian 09-7676899/ 09-7676300 atau email (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).

Contact Us

Department of Neurosciences
School of Medical Sciences
Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
Malaysia
 
Phone:
+609-7676300
Faxs :
+609-7673833     
Email :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

799923
Today
This Month
503
11529