Sistem Pengurusan Bersepadu (CaiSyS ), Makmal Informatik Perubatan

survey


Download Borang * Terma & Syarat

PERATURAN TEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER MIP ( PPSP / MIP / IR3 )

  1. Tempahan Makmal-makmal komputer MIP dibuka kepada semua pelajar Pusat Pengajian Sains Perubatan ( PPSP ) untuk tujuan kelas, bengkel atau penggunaan makmal komputer di luar waktu pengoperasiannya. Tempahan ini juga dibuka kepada semua kakitangan PPSP tetapi hanya untuk tujuan kelas atau bengkel sahaja.
  2. Pihak pemohon dikehendaki mengisi Borang Tempahan Makmal Komputer MIP / EPI dan Biostatistik ( PPSP / MIP / CP1 / L2 ) yang disediakan bagi tujuan ini. Pihak pemohon juga adalah dinasihatkan agar membuat tempahan seawal yang mungkin bagi mengelakkan sebarang kesukaran yang mungkin timbul. Keutamaan tempahan makmal-makmal komputer ini adalah diberikan kepada para pelajar.
  3. Bagi tempahan Makmal Komputer EPI dan Biostatistik untuk tujuan kelas atau bengkel, bilangan pengguna yang dibenarkan adalah terhad iaitu sebanyak 20 orang sahaja. Pihak pemohon adalah dinasihatkan untuk mendapatkan makmal komputer yang lain sekiranya memerlukan tempat dan ruang yang lebih besar.
  4. Pihak pemohon dan para pengguna Makmal-makmal Komputer MIP dikehendaki mematuhi Peraturan Menggunakan Makmal Komputer MIP yang telah ditetapkan.
  5. Pihak pemohon perlu memberitahu terlebih dahulu kepada Pihak Pengurusan MIP sekiranya terdapat keperluan-keperluan lain yang diperlukan untuk satu-satu tempahan makmal komputer tersebut seperti penggunaan projektor LCD, mikrofon dan perisian-perisian tertentu.
  6. Permohonan untuk menempah makmal komputer di luar waktu pengoperasiannya hanya dibenarkan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih yang hendak menggunakannya. Pihak pemohon dikehendaki memberikan senarai nama mereka-mereka yang hendak menggunakan makmal komputer tersebut dan dikepilkan bersama-sama borang permohonan untuk kelulusan Pihak Pengurusan MIP.
  7. Pihak pemohon adalah bertanggungjawab penuh ke atas makmal komputer serta peralatan-peralatan yang terdapat di dalamnya. Pihak Pengurusan MIP berhak menuntut sebarang gantirugi atau denda sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau kehilangan yang tidak dikehendaki ke atas peralatan-peralatan makmal komputer tersebut.
  8. Pihak pemohon juga adalah bertanggungjawab penuh ke atas kebersihan dan susunatur makmal komputer semasa penggunaan makmal komputer tersebut. Pihak Pengurusan MIP berhak untuk menghalang mana-mana pemohon yang didapati tidak menjaga kebersihan serta susunatur makmal komputer dengan baik daripada terus menggunakan makmal komputer dan kemudahan MIP pada masa-masa akan datang.
  9. Pihak Pengurusan MIP berhak untuk tidak melayan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang permohonan tempahan makmal komputer di bawah pengawasannya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

 

Pihak Pengurusan MIP

 

 

*Tertakluk kepada Sebarang Perubahan.
Tarikh Dikemaskini : 5 Oktober 2009

 

medic Website

© 2009 Makmal Informatik Perubatan
Pusat Pengajian Sains Perubatan
16150 Kubang Kerian, Kelantan. Malaysia
Tel: 609 766 3000 || Fax: 609 765 3370